Proses transformasi sistem
pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun dengan Gelombang 1 (2012-2015)
menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan
tumpuan kepada kemahiran asas; Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan
penambahbaikan sistem; dan Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan
menerusi operasi yang lebih fleksibel.
Pelan itu
menyasarkan hasil pada lima aspek iaitu akses, kualiti, kesaksamaan, perpaduan
dan kecekapan. Pelan turut menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki
enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu
pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran diwbahasa,
beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.
Pelan tersebut
dibuat dalam konteks peningkatan standard pendidikan antarabangsa, aspirasi
kerajaan untuk mempersiapkan kanak-kanak di Malaysia dalam menghadapi abad
ke-21 serta harapan menggunung masyarakat serta ibu bapa terhadap dasar
pendidikan.
Sebelas anjakan
yang digariskan Kementerian Pelajaran ialah:
1. Menyediakan
akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standardantarabangsa;
- Melancarkan Kurikulum Standard sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak pada 2017.
- Melaksanakan laluan pembelajaran pintas selain pendidikan arus perdana termasuk murid cemerlang menamatkan pengajian sekolah menengah dalam masa empat tahun berbanding lima tahun sekarang dan lima tahun bagi sekolah rendah.
2. Memastikan
setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris;
- Meluaskan program LINUS supaya meliputi Bahasa Inggeris.
- Seramai 70,000 guru Bahasa Inggeris lulus Ujian Penempatan Cambridge (CPT) dalam tempoh 2 tahun.
- Kurikulum Bahasa malaysia yang standard akan diperkenal di peringkat rendah.
3. Membangunkan
rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni;
- Mengukuhkan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sivik menjelang 2017.
- Mengkaji kemungkinan murid Islam dan bukan Islam berkongsi kelas sama apabila nilai-nilai sejagar diajar.
4. Menjadikan
perguruan sebagai profesion pilihan;
- Mengetatkan syarat kemasukan latihan perguruan dengan sasaran 30 peratus teratas kelompok pelajar cemerlang menyertai profession itu.
- Guru berprestasi tinggi berpeluang menikmati kenaikan pangkat daripada DG41 sehingga DG54 dalam tempoh kurang 25 tahun.
5. Memastikan
pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah;
- Kriteria pemilihan pengetua dan guru besar berasaskan persaingan dan mengukuhkan penggantian mulai 2013.
6.
Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dansekolah
untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan
- Kementerian akan menempatkan Jurulatih Mata Pelajaran Khusus Program Penambahbaikan Sekolah dan Pengetua Rakan Penambahbaikan Sekolah secara sepenuh masa di PPD.
- Membenarkan fleksibiliti operasi pengagihan bajet dan pelaksanaan kurikulum.
7. Memanfaatkan
teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualitipembelajaran di
seluruh Malaysia;
- Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui pelaksanaan 1BestariNet bagi 10,000 sekolah.
8. Menambah
baik keupayaan penyampaian dan kapasiti kementerian;
- Struktur organisasi kementerian akan disusun semula agar fungsi tidak bertindih.
9. Bekerjasama
dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta;
- Memperluaskan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) membolehkan ibu bapa mementau prestasi anak secara dalam talian.
- Menambah bilangan Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025.
10.
Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja;
- Mengaitkan setiap program dengan keberhasilan murid yang hendak dicapai dan merasionalisasi program berimpak rendah setiap tahun.
11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum.
- Semua pihak berkaitan akan mempunyai akses yang tetap dan telus berkenaan tahap kemajuan setiap inisiatif yang dilaksanakan.
- Semakan komprehensif akan dilakukan pada tahun 2015, 2020 dan 2025.