Isnin, 8 April 2013

SEJARAH SEKOLAH

Sejarah Sekolah
Bangunan SRK Seksyen 6 adalah Projek Tahun 1981 (RME). Sekolah ini mula digunakan pada 3hb. Januari 1983.
Penyerahan Bangunan Baru SRK Seksyen 6 Shah Alam telah dilakukan pada 20.12.1983 yang mengandungi: 
(a) 17 bilik darjah, Bilik  Guru, Pejabat, Bilik Guru Besar, Bilik TV, Bilik Perpustakaan,Bilik Serbaguna,  Stor dan  tandas. 
(b) Kantin    
(c) Klinik Gigi  
(d) Bangsal Basikal   
(e) Lapangan Beratur 
(f) Padang dan pagar
(g)    Bekalan Api dan Air ( Kos ATDA: $1,117,000/=)
Pada 30.1.84 SRK Seksyen 6 telah didaftarkan dengan Mo. Kod BBA 8216, Daerah Petaling

Sekolah ini didirikan bagi menampung keperluan persekolahan kanak-kanak di sekitar Seksyen 6, Seksyen 8, Seksyen 10 dan Seksyen 11.8, 10 dan 11.

Pada permulaannya iaitu pada tahun 1984 hanya murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 4 ditempatkan di sekolah ini, yang berjumlah 415 orang. Guru-guru 15 orang dan 3 orang pekerja.

Mulai tahun 1985 penggunaan sepenuhnya bilik-bilik darjah dari tahun 1 hingga tahun 6 telah disempurnakan.

Mulai tahun 1986 pula, sessi pagi dan petang terpaksa dibuka bagi menampung bilangan murid-murid yang semakin bertambah



Tiada ulasan:

Catat Ulasan